Rank di Google Malaysia

Beberapa minggu kebelakangan ini saya asyik bermain dengan SEO. Apa yang menariknya saya bermain SEO secara manual dan kali ini misi SEO saya ialah untuk rankkan keyword bahasa Melayu dalam artikel bahasa English di Google Malaysia (google.com.my)

Daripada apa yang saya perhatikan, Google Malaysia memang memberikan keutamaan kepada website dari local (IP Malaysia) dan semestinya dalam Bahasa Melayu. Apabila di buat perbandingan carian antara Google.com dengan Google.com.my ternyata, blog berbasa Melayu dari alamat  IP Malaysia rank tinggi di Google Malaysia.

Seperkara lagi yang menjadi faktor ialah backlink. Nampak gayanya, jika inginkan website atau page rank di Google Malaysia, sumber backlink mestilah kebanyakkannya daripada Malaysia.

Nampak gayanya Google memang serius nak memisahkan algorithm carian dan disesuaikan dengan geo lokasi pengguna.

Google Malaysia

Google Malaysia

About Khirol Hazwan

Menulis blog Oh! Duit sejak tahun 2009. Kini hidup sentiasa sibuk apabila bekerja sebagai Engineer ,namun begitu masih tetap meluangkan masa terluang untuk mendalami ilmu bisnes serta pemasaran internet dan meneruskan projek-projek IM secara sampingan.

3 Responses to Rank di Google Malaysia

  1. Aidil December 18, 2013 at 9:46 PM #

    pening kepala jika tak faham bab seo ni

    • Khirol Hazwan December 20, 2013 at 12:52 PM #

      Sebab tu kena belajar, perlahan-perlahan pun tak apa :)

  2. brohantu June 4, 2014 at 10:32 PM #

    terima kasih atas info berguna ni.. saya baru tahu pasal ni

Leave a Reply