Panduan & Teknik Jualan eBay Bahagian 1
Posted on 20. Jul, 2009 by Enkha in Bisnes eBay
Post kali ini Kha akan buat sambungan dari satu minggu ke minggu yang seterusnya.Ala-ala drama-drama di TV,ada episod-episod. Kali ini Kha akan berkongsi tip serta teknik untuk menjadi penjual ebay yang effectif.
Semua penjual di ebay akan asyik bertanyakan persolan yang sama iaitu
“Bagaimana untuk menjadi lebih berjaya di eBay?”
Jika anda merupakan antara orang yang bertanyakan persoalan yang sama semoleknya bacalah sedikit panduan ringkas yang Kha sediakan ini.
Untuk isu pengenalan Kha akan menyenaraikan secara ringkas teknik-teknik yang boleh anda cuba. Teknik yang ada merupakan teknik yang Kha pilih dan bersumberkan pelbagai eBook dan Google.
Jika terasa macam pernah baca sebelum ini, anggaplah ini sebagai menambah lagi ilmu di dada anda. Kha akan cuba tulis setiap bahagian & teknik-teknik secara mingguan..(InsyaAllah..)
Teknik minggu ini: Tajuk Barang Jualan Yang Efektif
1. 55 Abjad
Gunakan kesemua jumlah abjad yang disediakan untuk menulis tajuk jualan anda. Sebaiknya gunakan perkataan seperti NEW,HOT,dan sebagainya yang mampu menarik perhatian pembeli. Elakkan pengunaan special character seperti **%$# sebab akan membazir kuota abjad.
2. Kata Kunci (Keyword)
Kebanyakkan pembeli yang hendak membeli akan mencari produk melalui Kotak Carian pada laman utama eBay. Jadi cuba senaraikan dan gunakan tajuk jualan barang anda menggunakan kata kunci yang pembeli akan cari.
Contohnya anda menjual Pad Tetikus,cuba masukkan kata Kunci seperti “Mouse Pad” atau lebih spesifik “Transfomer Mouse Pad” atau kombinasi lain yang menggambarkan barang jualan seperti tambahkan perkataan “New”, “Large” dan sebagainya.
Cara paling mudah nak tahu kata kunci yang baik ialah cuba buat kajian carian dahulu.
Selain itu anda boleh menggunakan tool yang ada pada eBay Shops Traffic Report( Untuk yang melanggan Store eBay) untuk mengetahui apakah kata kunci yang HOT di store anda.
Elakkan menggunakan tajuk melalui kata kunci yang tidak relevan dengan produk.P erkara ini boleh membawa kepada isu spamming dan akaun anda mungkin di”Suspend” oleh eBay.
3. Grammar dan Ejaan
Kebanyakan tajuk jualan ditulis dalam bahasa English. Jadi elakkan tersalah ejaan. Tersalah ejaan adalah bakal menyebabkan barangan anda tidak keluar pada hasil carian pembeli(Kata kunci salah eja). Hasilnya barang susah nak sold!
Selain itu,pastikan anda guna perkataan pangkal tanpa imbuhan semasa menulis tajuk jualan. Contohnya gunakan perkataan “LARGE” dan bukannya “Larger”
4. Gunakan Fungsi Subtitle(Jika bersesuaian)
Berikan pembeli maklumat tambahan apabila mereka melihat produk anda. Apa yang telah tertulis pada tajuk jualan mungkin tidak menarik minat mereka tetapi apa yang ada pada subtitle mungkin dapat.
Contohnya anda dapat letakkan usia barangan, sumber asal, atau promosi pada bahagian subtitle.
Menggunakan fungsi ini, memerlukan anda membayar extra fee kepada eBay. Jadi gunakan jika bersesuaian sahaja.
5. Sertakan Maklumat lebih specifik
Masukkan maklumat barang dengan lebih terperinci. Contohnya apabila anda menjual laptop,masukkan sekali model, kelajuan pemacu, memory, assecories dan warna.
6. Variasikan Kata Kunci
Jika anda membuat penyenaraian untuk barang Niche yang sama,cuba gunakan sinonim dan kata kunci yang berbeza. Contohnya penggunaan perkataan “notebook” selain daripada “laptop”.


Perkongsian Dan Promosikan Blog Anda di Blogr.My
Hasil Pertama Pendapatan Internet Dari Blog Bergambar Tahun 2012
Menjana Pendapatan Internet Melalui Bisnes Online Dropship
Jana Duit Dengan Timeline Facebook
Jana Pendapatan Dari Blog Melalui Gambar
